Bio Velocity Alfalfa Concentrated
RM 83.90
BIO VELOCITY ALFALFA CONCENTRATED
FAKTA-FAKTA KHASIAT ALFALFA
➮ Alfalfa secara semula jadi kaya dengan mineral seperti kalsium, magnesium dan zat besi serta lain-lain mineral penting dan vitamin termasuklah vitamin A, D, E, K di samping mengandungi semua kumpulan vitamin B, biotin, asid folik, potasium dan lain-lain. Selain itu, alfalfa kering sangat kaya dengan protein.
➮ Perkataan alfalfa berasal daripada bahasa Arab dengan suku kata al-fak-fakah, yang bermaksud “Bapa semua makanan” kerana ia sangat kaya dengan mineral penting yang menjadikan alfalfa makanan tambahan yang sangat berkhasiat untuk kesihatan manusia.
➮ Herba alfalfa dipercayai mempunyai keistimewaan yang boleh mengurangkan tahap kolestrol kerana memiliki khasiat pelbagai vitamin dan mineral penting. Herba alfalfa juga sangat berkesan dalam menyahtoksid dan membersihkan darah dan seterusnya memulih serta memperbaharui sel-sel badan. Hasilnya, pengambilan alfalfa secara tetap boleh merendahkan tekanan darah tinggi dan menyeimbangkan hormon. Sekiranya diamalkan secara berterusan, alfalfa dapat bertindak sebagai alternatif kepada ubat sakit kepala ataupun migrain kerana kandungannya yang tinggi kalsium dan magnesium.
ANTARA MINERAL PENTING YG TERDAPAT DALAM ALFALFA
ANTARA MINERAL PENTING YG TERDAPAT DALAM ALFALFA
♡ KALSIUM
Membina dan mengimbangi tulang dan gigi, membantu mencairkan darah(darah pekat), membantu sistem ketahanan badan, menstabilkan denyutan nadi dan juga saraf.
♡ IRON
Membekalkan hemoglobin dan membantu membawa oksigen dalam darah.
♡ POTASSIUM
Diperlukan oleh tubuh badan untuk menormalkan denyutan jantung, otot,saraf dan tindak balas enzim serta percernaan lemak
♡ CLORIN
Mencuci serta menyegarkan badan, merendahkan tahap gula dan kanji dalam metabolisma badan.
♡ SODIUM
Menstabilkan asid di dalam badan, menghalang darah beku/pekat, mengaktifkan limpa; organ yang membantu penghadaman dan pembersihan darah.
♡ FOSFORUS
Diperlukan untuk pembentukan tulang dan gigi yang kuat, membaiki nutrisi yang melibatkan tisu saraf serta tindak balas yang berkaitan kalsium dan Vitamin D.
♡ MAGNESIUM
Membantu mereka mereka yang menglami masalah sembelit(sukar buang air besar),menstabilkan saraf, melindungi kulit dan badan serta meransang perkembangan otak.
Kandungan Bio Velocity (BV) di dalam minuman Alfalfa menyumbang kepada keseimbangan, kestabilan dan meningkatkan tenaga serta aura tubuh badan.
APA BEZA ALFALFA DI PASARAN DENGAN BIO VELOCITY ALFALFA CONCENTRATED?
✿ Bio Velocity Alfalfa adalah unik dan satu-satunya produk alfalfa yang mempunyai "Tenaga Bio Velocity"
✿ "Tenaga Bio Velocity" adalah tenaga tulen matahari.
Pengambilan Bio Velocity Alfalfa bukan saja untuk supplement tambahan harian. Tapi juga membantu meningkatkan tahap tenaga, memperbaiki aura tubuh badan, anti-radiasi dan anti-stress. Molekul Bio Velocity Alfalfa juga lebih kecil berbanding alfalfa jenama yang lain. Molekul yang kecil menjadikan peratus serapan mineral oleh badan lebih tinggi. Bau Bio Velocity Alfalfa juga lebih enak berbanding yang lain.
APAKAH KEISTIMEWAAN ALFALFA?
☆ MENYAHTOKSID
Bahan beracun dan toksid berlegar di sekeliling kita. Badan kita juga mengeluarkan sisa metabolisme yang perlu dineutralkan dan dinyahtoksid setiap hari. Alfalfa membantu mengeluarkan sisa bahan beracun dan tercemar daripada badan.
☆ MENGGALAKKAN SISTEM PENGHADAMAN YANG BAIK
Alfalfa mengandungi sejenis enzim pencernaan yang dipanggil betaine yang membantu menggalakkan proses pencernaan yang baik.
☆ MENGALKALIKAN BADAN
Tubuh badan berasid adalah umpama magnet yang menarik penyakit. Alfalfa membantu meneutralkan keasidan badan di samping sifat alkali semulajadinya untuk mencegah atau membantu mengurangkan masalah kesihatan.
☆ MENGHILANGKAN BAU NAFAS
Alfalfa mengandungi khasiat yang boleh mencegah masalah nafas dan badan berbau yang diakibatkan oleh masalah penghadaman. Seterusnya, ia membantu meningkatkan fungsi imuniti badan.
☆ MENGURANGKAN HABA BADAN YANG BERLEBIHAN
Sesetengah makanan menyebabkan badan berasa panas. Salah satu kegunaan Alfalfa yang paling popular adalah untuk mengurangkan masalah panas badan.
☆ MENAMBAHKAN DARAH & LEBIH BANYAK OKSIGEN
Klorofil iaitu pigmen hijau yang terdapat dalam alfalfa adalah hampir sama dengan hemoglobin, pigmen merah dalam sel darah merah yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh badan. Khasiat klorofil dalam alfalfa boleh meningkatkan bilangan sel-sel darah merah di dalam badan dan seterusnya meningkatkan keupayaan membawa oksigen yang diperlukan oleh sistem badan.